CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, November 13, 2010

::3 SaHaBaT::



Selamat petang dan salam 1 Malaysia...eceh2..hehe..xtau la nk ngomel ape..tp ceekeen ade teringat 1 citer lawak nih..al -kesah nye..3 sahabat..kawan baik nih...jom kite terjah n bace ape die yg lucu sgt tuh...
3 sahabat iaitu KURA-KURA,ULAT GONGGOK dan KATAK.
Pada suatu hari,KURA-KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak ULAT GONGGOK dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya.Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA-KURA.Satu jam kemudian,KURA-KURA bertanya kepada KATAK.



KURA2:Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah.

KATAK:........patutlah,rokok dah habis lah!

KURA2:Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu.

KATAK:Ala....kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli.

KURA2:Bagus jugak idea kau tu.

ULAT GONGGOK:Aku malas lah nak pergi beli.

KURA2:Ala...kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak kan.Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah.....

ULAT GONGGOK:Ok lah,aku pergi beli sekarang.




10 minit...30 minit...1 jam...berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari kedai.KURA-KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT GONGGOK.KURA-KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi.Setibanya di pintu keluar,ULAT GONGGOK sudah pun berada di depan pintu.KURA-KURA pun berkata..

KURA2:Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?

KATAK:Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je.....Mulut aku dah naik kering ni.

KURA2:Rokok yang aku suruh beli tu mana?

ULAT GONGGOK:Hek'eleh....Aku gerak pun belum lagi,tau!

KATAK:Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?

ULAT GONGGOK:Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!


wakakkakaka..memang lah...ulat gonggok kan kaki nyer banyak...sampai besok pun die x abes2 pakai kasut die da...










5 comments: