Tuesday, November 30, 2010
::BaDaK & MoNyEt::
Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar..
Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok,keluarlah seorang jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu.
Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.
Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson
Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam
Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe
Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei
Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu..
Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2"
Badak tu pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya".
Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malaya nihh..
"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin.
Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"
Jin tu pun kelipkan mata, bling....
Maka meraunglah badak sumbu tu. sepuas2nya.. "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah"
wahahahahha....sian si badak nih...
Thursday, November 25, 2010
::MaLaIKaT MaUt MeMeRhAtI WaJaH MaNuSiA 70 KaLI SeHaRi::
Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35)
BERSEMADI...alam barzakh menjadi tempat persemadian sebelum manusia dibangkitkan pada hari akhirat.
SEDIH...kematian adalah dugaan bagi menilai keimanan selepas berpisah dengan insan tersayang.
Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.
Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.
Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: 'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.'"
Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.
Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?
Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.
Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.
Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.
Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian.
Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.
Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).
Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: "Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.
"Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia." (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)
Kematian 'menjemput' manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.
Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.
Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.
Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar."
Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.
Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.
Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.
"Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
"Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.
Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.
Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.
Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan.
Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.
Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku.
Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.
Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.
Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.
Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.
Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.
Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.
Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.
"Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.
"Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya," katanya.
Dr Mahmood Zuhdi berkata tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.
"Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.
"Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian," katanya.
Beliau berkata bagi mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan.
"Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.
"Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah," katanya.
Monday, November 22, 2010
::ThE DiFfErEnT bEtWeEn Ur OfFiCe & Ur BoSs's OfFiCe...::
hahaha..memang panas hati kan tengok...ade ke punggung ruse kat work station..kat bilik boss yg cantek jer...tak adil2...hehehe..
Friday, November 19, 2010
::RoKoK DaN MoToSiKaL::
Thursday, November 18, 2010
::Mr BeaN hOuSe & HiS FaMiLy::
ni pulak swimming pool rumah die...cantek nyer la hai...creative jugak si En. Kacang ni yer...hehe...nampak je act cm org yg bodoh, tapi rumah dah cam millionaire...
yg ini pulak ruang makan...wahhh...indah nyer lah view ruang makan rumah die kan...macam makan kat awang-awangan...hehe...
wahhh...tengok...ruang bilik tidur die...view pantai pantai tuh...best kan dpt tidur dgn deruan angin laut, hempasan ombak di pantai...best2....hehe...
Hurmmm..memang indah bangat rumah si Mr.Bean nih...haa...kalau korang nak tau, name Mr .Bean nih hanye lah nick name bagi die..jom kite kenali pulak siapa name nyer sebenar & family nyer..
Mr.Bean n his wife...name sebenar die ialah ROWAN SEBASTIAN ATKINSON. Lain benor kan..hehe...wife die pulak, SUNETRA SASTRY..sepadan die ngn wife nyer..Bean ni dilahirkan pada 9 January 1955 di Newcastle, UK..hoho..dah berumur jugak si Bean nih yer... Bean punyai dua anak sepasang..lelaki n perempuan..
haaa..ni anak lelaki Bean..BENJAMIN ATKINSON..haha..muke anak lelaki die nih, sebijon cam muke papa die...hehe..cam Bean versi muda lah...dah besar juge anak die kan...
dan ini pulak, anak perempuan die..LILY ATKINSON..comel..maybe masih bersekolah nih...
Itu lah Al-kesah Mr.Bean yg kite selau tengok di kaca TV tuh... Die punyai rumah yg tersegam indah & family yg happy..serta anak2 yg comel...hehe..so, jangan lah memandang rendah pd En. Kacang ni yer...hehe..
Saturday, November 13, 2010
::3 SaHaBaT::
Selamat petang dan salam 1 Malaysia...eceh2..hehe..xtau la nk ngomel ape..tp ceekeen ade teringat 1 citer lawak nih..al -kesah nye..3 sahabat..kawan baik nih...jom kite terjah n bace ape die yg lucu sgt tuh...
3 sahabat iaitu KURA-KURA,ULAT GONGGOK dan KATAK.
Pada suatu hari,KURA-KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak ULAT GONGGOK dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya.Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA-KURA.Satu jam kemudian,KURA-KURA bertanya kepada KATAK.
KURA2:Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah.
KATAK:........patutlah,rokok dah habis lah!
KURA2:Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu.
KATAK:Ala....kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli.
KURA2:Bagus jugak idea kau tu.
ULAT GONGGOK:Aku malas lah nak pergi beli.
KURA2:Ala...kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak kan.Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah.....
ULAT GONGGOK:Ok lah,aku pergi beli sekarang.
10 minit...30 minit...1 jam...berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari kedai.KURA-KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT GONGGOK.KURA-KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi.Setibanya di pintu keluar,ULAT GONGGOK sudah pun berada di depan pintu.KURA-KURA pun berkata..
KURA2:Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?
KATAK:Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je.....Mulut aku dah naik kering ni.
KURA2:Rokok yang aku suruh beli tu mana?
ULAT GONGGOK:Hek'eleh....Aku gerak pun belum lagi,tau!
KATAK:Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?
ULAT GONGGOK:Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!
wakakkakaka..memang lah...ulat gonggok kan kaki nyer banyak...sampai besok pun die x abes2 pakai kasut die da...
Friday, November 12, 2010
::HoOrAyY...DaPaT aWaRd LagI....::
http://bicarafarah.blogspot.com/. Hurmm...terharu lagi..ni adalah 2nd award yg ceekeen dah dapat..berturut2 dari semalam..hapy nyer...thanx lah sgt2 yer Miss Farah...baik hati die nak bagi award kat blog Ceekeen yg agak blurr n tak lah cantek nih kan..thanx so much yer... so, kwn2 blogger yg lain, rerajin la melawat blog Miss Farah http://bicarafarah.blogspot.com/ blog die pun comel..hehe... jeng..jeng..ni la award nyer...
Alamak!!! Ceekeen kene jwb soalan2 lagi lah..jom kite tengok ape soalan2 tuh:-
nice jugak kan...hehehe..
Mestilah ceekeen nak ucapkan byk2 time kaseh kat Miss Farah sbb bermurah hati nyer lah die nak sampaikan award ni kat blog ceekeen yg usang nih..neway, thanx so much yer...
-kErisPatih
::RaHsIa TaUgEh::
Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik . Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat . Salah satunya ialah kanavanin ( canavanine ), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta ( ostemencegah kerapuhan tulang oporosis )
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda .
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.
Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.. kihkihkih...selamat beramal yer... ;))
Thursday, November 11, 2010
::My 1st Award::
hurmm..sy di anugerahkan AWARD dr Qaseh Dalia..yg baik hati dan pemurah...huhu..
thanx sesangat pada Qaseh Dalia..
haha..sy pun memanjang jer senyum hari nih..terharu..hehe..so, rakan2 blog yg lain, rerajin lah jengok2 dan follow blog Qaseh Dalia yer...
http://qasehdaliaadelia.blogspot.com/
Hah..ade lagi soalan yg nak kene jawab nih...huahuahua...
2.TuLiS 10 pErKaRa Yg MeNariK n TeRtArIk TeNtAnG DiRi SeNdIrI n HoBBy....
-suke ketawe..gelak...
-Hapy go lucky... (>' .')>
-kalau duk umah suke dgr lagu n terus tido...hehhe..
-suke kaler purple + pink + putih..
-maybe low profile...
-suke pada kucing....
-tak reti nak makan aiskrim...
-ceekeen juge suke bercakap, kalau bercakap, susah nak stop...sbb kite xde fullstop kt dahi...hahaha...
-kekadang cepat melenting...
-suke belajar dari kesilapan yg lame n pengalamn yg lepas...
alhamdulillah..dah cukup 10 semua nyer...ade lagi ker???banyak lagi sebenornyer..tp xpe lah..tau sikit2 pun dah ok kan..hehehehe...
Ade lagi lahh..hehehe..
3. 10 deserving recipient and describe them
Kepada semua rakan2 blogger...yg rajin folow n rajin ziarah blog burok sy nih...thanx so muchhhh..i love u all k...rerajin lah dtg selalu yer..hahaha..sempat berkempen lagi.. ;p
4.Link oRg yang bg award ni
http://qasehdaliaadelia.blogspot.com/
haha..time untuk sy spread award ni pd org lain pulak...jeng..jeng...jeng..sape yg kene...
5. spread the award to 15 bloggers who u like & u think their blog r awesome
1.aibaks - http://aibaks.blogspot.com/
2.Pn. Ros- http://mrsaqur.blogspot.com/
3.Lagenda Budak Nakal - http://lagendabdknakal.blogspot.com/
4.Atok - http://www.anaknegori.blogspot.com/
5.Miss Syira - http://syiraahmad.blogspot.com/
6.Ain & Fik - http://cikaintaufik.blogspot.com/
7.Miyainsyira - http://miyainsyira.blogspot.com/
8.Sherry - http://sherrynoor.blogspot.com/
9.Lan_ax - http://duitlama2u.blogspot.com/
10.Krole - http://www.krolezone.com/
11.Miza Yusof - http://hayworlds.blogspot.com/
12.Mama pipie - http://mama-syafi.blogspot.com/
13.Faizah - http://bluediamondfaizah.blogspot.com/
14.Ultraman 88 - http://www.yusufultraman.com/
15.AyienZarina - http://ayienzarina.blogspot.com/
15 cukup da ceekeen tag..ambik la yer korang2 sume yg sudah di tag...ceekeen tak pakse..kalau rajin n free la yer...hehehehe..n jgn lupe kalau dah buat sudi2 la tinggalkan komen korang yer..hikhikhik ;p
::SuRaT BrEaK Off::
Hi,My motive write this letter is to give know you something. I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook. I know i clap one hand only.Correctly, i have see you and she together at town with my eyes self. You always request apology back back. I don’t trust you again!!!My Friend speak you play three wood.
Now i know you correct correct play three wood. so, i break off to pull my body from this love triangle.I know this result i pick is very correct, because you love she very high from me. so, i break off to go far from here. But i always love where also i live….Safe live……
Your's Ex Lover,
Pea'h
wahahahahha...alahai..Pea'h...baru belajo english yer..sian si Pea'h ni...
Wednesday, November 10, 2010
::TaHuKaH AnDa????::
1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?
wakakakakakkaka....betapa banyak perkara yg kite tak penah tau kan...sekarang kite dah tau...so, selamat beramal...
Tuesday, November 9, 2010
::Jangan laaa mintak keje tulis surat macam nih..::
-nama penulis dirahsiakan-
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 AmpangSelangor.
(Rumah pakcik saya)
Malaysia Airlines System
12 mei 2004
Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.
Sehubungan dengan perkara diatas, saya -nama penulis dirahsiakan- no k/p ######-##-#### mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya bekerja disini. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu -$%$%#*&^- adalah seorang ahli KWSP.
Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian saya.
2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.
3. Akademik. Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000Matapelajaran :(gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains. 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B
Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK). Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut Latihan Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
4. Pengalaman kerja. Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh, Perak. Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur (kedai gemok)p/s (alignment kat situ tipu). Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka.(pusat serenti)
5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Sekian terima kasih.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
(nama penulis dirahsiakan)
25 Jalan ¾
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor
HAHAHAHAHAHA..Hurmm..agak la yer tulis surat nak keje tuh...jgn la ikot mcm surat di atas nih..rosak2...isshhhh2....
::Al-KeSah TeH PaNaS::
wahuahuahua...sy nak kongsi satu cerita lawak tengah2 hari ni...ilangkan ngantok anda2 semua...huhu..cmni citer nyer..
Pada suatu hari.. seorang lelaki pergi kesebuah restoran untuk minum petang…
Disebabkan wang yang dibawanya cuma 70 sen saja… dia cuba bertanya harga segelas teh panas
dan teh sejuk… lalu pelayan restoran menjawab..
“Teh Panas 70 Sen & Teh Sejuk RM 1.20″
Lelaki itu terus meminta teh panas dan apabila pelayan menghantar segelas teh panas mendidih itu
lelaki itu tanpa teragak-agak terus meneguk teh panas itu sampai habis dengan lajunya….
Pelayan itu melihat dengan penuh kehairanan.. kerana teh panas mendidih itu boleh habis dalam
sekelip mata sahaja…
Lalu lelaki itu memberi wang 70 sen dan berkata
“Kalau lambat diminum… air ini jadi sejuk… kalau sejuk tak pasal2 saya kena bayar RM 1.20..
lebih baik cepat-cepat diminum kerana wangku hanya ada 70 sen saja”
p/s::jgn sesekali meniru aksi ini... ;p
Monday, November 8, 2010
::AlAhAi....PaK PaNdiR...::
pandir , seorang anak yatim yang taat pada perintah ibunya .
suatu hari ibunya menyuru pandir membelikan ubat sakit perut .
ibunya memberi pandir wang dan menyuruh pergi ke kedai Ah Seng untuk membelikan ubat .
ibunya meminta pandir mentanyakan BERAPA BIJI MAKAN , HARGA UBAT kepada Ah Seng .
lalu pandir pun pegi ke kedai Ah Seng .
selesai membelikan ubatan , pandir pun mengingati BERAPA BIJI MAKAN , HARGA UBAT sambil berjalan ke rumahnya . percakapan nya begini :
" 2 biji sekali makan , 8 ringgit "
" 2 biji sekali makan , 8 ringgit "
" 2 biji sekali makan , 8 ringgit "
tiba-tiba pandir terjatuh akibat tersadung batu .
mujurlah ubatan nya tidak berterabur .
lalu pandir pun menyambung semula percakapan nya .
" 8 biji sekali makan , 2 ringgit "
" 8 biji sekali makan , 2 ringgit "
" 8 biji sekali makan , 2 ringgit "
KEESOKAN HARINYA PANDIR MENJADI YATIM PIATU !!!
wakakakakaka..sian pak pandir... (:
Thursday, November 4, 2010
::ToLoNgLah..JgN BuAt BeGiNi..::
Labu, masih belajar dalam darjah 2. Ayah ibunya sudah bercerai 4 bulan yang lalu. Ketika Labu pulang dari sekolah, dia melintasi bilik tidur ibunya dan mendengar desahan desahan.. Dia melihat dari balik pintu, ibunya sedang berbaring dalam keadaan tanpa pakaian, dan sedang meramas-ramas dadanya, sambil merintih “Aku nak lelaki ….. aku nak lelaki ….”
Dua hari kemudian, ketika pulang dari sekolah, Labu sekali lagi melintasi bilik tidur ibunya dan mendengar ibunya sedang merintih. Labu sekali lagi mengintip, dan melihat ibunya sedang dalam keadaan telanjang bulat, ditindih oleh seorang lelaki.
Labu terpaku sejenak. Lalu ia cepat-cepat menuju ke bilik tidurnya. Dengan segera Labu membuka seluruh bajunya, telanjang bulat. Lalu dia berbaring di katilnya, meramas-ramas dadanya, dan merintih : “Aku nak basikal… aku nak basikal………”
Wakakakakkaka..xtau lah cara mudah mogok cmni menjadi atau tidak..tapi kalo aku lah kan, ade member2 aku yg wat cmnih, aku pijak jer...kahkahkah....cube lah korang try kat mak korg cmni..kalo tak kene debik, kira alhamdulillah la tuh...wahuahuahuahua....
::MeNgAyAt AwEkS::
hahahahaha..
Jejaka : Awak, saya ada satu teka teki....
Awek : Apa dia?main teka tekok pulak..
Jejaka : Apa benda, tiada kanan atau kiri, tiada atas tiada bawah, tiada tengah tiada tepi, tiada awal tiada akhir ?
Awek : Ish, tak tau lah, I give up.I malas lah nak pikir...
Jejaka : Itulah cinta saya pada awak....(dengan bangganyer cakap..)
Awek : Betul ke.... he he he. (merah gak lah pipi dia)malu i..
Jejaka : Awak, sudi tak awak teman saya di rumah malam ni?
Awek : Boleh, tapi awak kena jawap teka teki saya dulu.
Jejaka : Ok (yes..yes...)
Awek : Apa benda, bila dipegang sedap, tapi bila dirasa tak sedap?
Jejaka : Emm, tak tau lah..malas lah pulak nak pikir ape die..
Awek : Itulah tapak tangan i (lalu awek tu melempang jejaka tak hensome itu dan terus blah)jgn harap!!!u ingat i ni ape huh???
hahahaha..itu lah die al-kesah nyer..so, jejaka2 di luar, berwaspada yer...
::BaYi DiBuNgKuS KaIn BaTiK::
Lagi kes buang bayi..ishh2...tak habis2 lagi kes buang bayi nih...makin bertambah2 n menjadi2 lak...sebak rase di hati kalau nak bace kes bayi kene buang nih...tak serik2ke mereka nih??? Mari kite bace ulasan dada tabloid Sinar harian di sini...
MERSING - Penduduk Felda Nitar 1 gempar apabila dikejutkan dengan tangisan bayi lelaki yang dipercayai dibuang berdekatan sebuah rumah peneroka di sini, kelmarin.
Bayi itu ditemui dalam keadaan uri belum dipotong dan berbungkus dengan kain batik.
Bayi seberat 2.4 kg berkenaan dipercayai baru sahaja dilahirkan dan terus ditinggalkan di situ kira-kira jam 8 malam kelmarin.
Salah seorang penduduk yang ditemui, Siti Zaharah Ahmad, 54, berkata, dia dikejutkan dengan panggilan cucunya, Zulkifli Kassim, 13, yang memberitahu ada bayi ditemui berdekatan rumahnya.
Sebaik saja mendapat berita tersebut, Siti Zaharah bergegas ke luar rumah untuk melihat keadaan bayi berkenaan yang dibaluti kain batik dan masih berlumuran darah.
“Saya dapati bayi berkenaan menangis akibat kesejukan, namun tiada sebarang kecederaan pada tubuh badannya kerana baru ditinggalkan di situ, katanya.
Menurutnya, dia bersama seorang lagi jirannya bergegas membawa masuk bayi berkenaan ke dalam rumah dan menyelimutkannya dengan kain lebih tebal, katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Katanya, bayi lelaki itu kemudian diambil dan seterusnya diazankan oleh salah seorang penduduk Felda berkenaan.
“Syukurlah bayi berkenaan selamat dan tiada perkara buruk menimpanya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mad Nor Rasid semasa dihubungi mengesahkan penemuan bayi berkenaan dan pihaknya ada menerima laporan kejadian tersebut.
“Pada masa ini, bayi tersebut ditempatkan di Hospital Mersing untuk penjagaan dan rawatan sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat apabila kes selesai,” katanya.
masya allah...diorang nih tak reti2 nak insafkan diri..masih tak henti2 nak buang zuriat dan rezki allah ini...manusia kah mereka nih???takde hati dan perut ke mereka nih???kanape...lah...nasib lah bayi nih masih hidup dan ade orang jumpa, kalau tak, ape lah nasib die..bayi nih tak salah...tak berdosa...
Wednesday, November 3, 2010
::YuSrI kru & MaYa Karin BeRcInTa???::
haaa...gosip2...gosip panas...ini ape yg dikatekan oleh tabloid jer..hanye gosip..tapi la kan mereka nih dikatekan sering dilihat bersama dan akrab serta mesra..semacam je kan bunyik nyer...adakah mereka nih berkasih???haha..mari kite bace lagi..
3 tahun yg dulu, memang dikatekan meraka nih bercinta,tapi lepas banyak la gosip yg da keluar, mereka menafikannye..yusri kate mereka hanya kawan rapat sahaja...betol ker???haha..
Ulasan dari dada tabloid tempatan..
Meskipun kedua-duanya masih solo ketika itu, namun menurut mereka, hubungan yang terjalin itu tidak lebih dari sekadar rakan sekerja. Bagaimanapun itu cerita tiga tahun dulu. Selepas Maya kembali bersendirian, cerita lama membabitkan mereka kembali mekar. Malah, gosip mengenai hubungan intim pasangan ini kembali hangat diperkatakan antaranya berjalan berpimpin tangan di sebuah pusat membeli belah. Baru-baru ini pula, Maya menjadi satu-satunya pelakon filem Magika yang hadir pada majlis kenduri kesyukuran anjuran KRU Studios.
Sejauh manakah benarnya khabar yang mengatakan Yusry dan Maya semakin rapat?
Yusry: Saya kenal Maya sudah lama dan memang kami berkawan sebelum ini. Namun hubungan kami tidak sampai tahap bercinta. Tak dinafikan saya dan Maya memang pernah keluar bersama, berdua atau bersama kawan-kawan lain tapi itu tidak bermakna kami adalah pasangan kekasih. Kami keluar bersama pun semuanya atas dasar kerja serta langsung tidak membabitkan soal peribadi.
Tapi bagaimana pula dengan gosip yang mengatakan anda berdua saling berpimpin tangan?
Yusry: Itu juga hanyalah satu gosip. Kami tidak pernah berjalan berpimpin tangan. Tapi saya tak nafikan yang kami pernah keluar bersama pada masa itu. Kejadian itu berlaku di Alamanda, Putrajaya. Kebetulan Maya ada penggambaran Nona di situ. Jadi kami pun pergi berbuka bersama selepas itu. Jadi tak timbul soal berpegang tangan. Saya rasa si penyebar cerita itu sengaja mereka-reka cerita.
Sebagai kawan, apa pendapat Yusry mengenai Maya?
Yusry: Pada saya Maya memang seorang kawan yang baik. Kami boleh bersembang banyak perkara. Soal adakah dia mempunyai ciri-ciri sebagai calon isteri, saya tidak melihat perkara itu dengan sedalam-dalamnya. Apa yang saya boleh katakan, saya masih belum berpunya dan sehingga kini masih mencari dan mencari.
Apa pula kata Maya?
Benarkah Maya dan Yusry sedang bercinta seperti yang digembar-gemburkan ketika ini?
Maya: Kami sudah saling mengenali sudah bertahun-tahun lamanya. Jadi sepatutnya soal bercinta itu tidak sepatutnya wujud. Saya sendiri tidak faham kenapa orang nak mensensasikan hubungan kami walhal kami hanya berkawan saja. Memang saya akui yang kami pernah keluar berdua tetapi itu bukanlah bermakna ia satu lesen untuk mengatakan yang kami bercinta.
Mungkin status Maya sebagai janda membuatkan orang begitu mudah menebarkan spekulasi?
Maya: Terus terang, saya tidak bersedia untuk berdepan dengan gosip seperti ini. Mungkin ada kebenarannya kenyataan itu. Hanya selepas saya kembali bersendirian khalayak mula memberi tumpuan terhadap saya dan juga hal peribadi. Ingin saya jelaskan di sini bahawa saya masih belum bersedia untuk menjalinkan sebarang hubungan buat masa ini. Fokus saya buat masa ini tertumpu pada kerjaya lakonan. Tahun depan,sudah ada dua filem menanti untuk masuk ke lokasi. Jadi soal mencari pengganti, biarlah saya ketepikan terlebih dulu.
hahahhaha..mereka berdua berpura2 ker???tak mencintai satu sama lain??i dont know..hanye mereka yg tau..hehehe..haihhh..x pernah lah gue gosip2 nih...eceh..
kalau yer pun mereka nih bercinta, apelah slahnyer kan..ok gak tuh..same2 pun single...
Tuesday, November 2, 2010
::IsTiLaH KoMpUtEr::
Istilah
Hardware: barang keras
Software: barang lembut
Joystick: batang bahagia
Plug and Play: cucuk dan main
Port: lubang
Server: pelayan
Client: pelanggan
Contoh
"That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."
Translated"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan mempergunakan batang bahagia jenis keras atau lembut. Batang bahagia itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."
wahahahhahaha..memangg lucah bunyik nyer...jgn salah anggap yer...
Monday, November 1, 2010
::GaRa2 NaK BuAt MuffIn PuNyEr PaSaL...::
adoyai...nak nangis aku lunch tadi..x sonang dah duduk ni haaa...apeee..la hai abg polis tu wat roadblock tgh2hari buto nih..jln tgh sebok pulak tuh...melepas no fon aku kt pakcik polis yg gendut tu tadi...alaaaahai..ni semue pasal nak wat kek muffin nyer pasal...dok ghairah bercerita pasal muffin, lupe nak pakai seat belt..dah..kene tahan..alamak!!!seronok sgt lah katekan baru jer kua kedai 'Bake wif Yen" kedai menjual brg2 kek yg agak famous kt kelana jaya tuh...dah kene tahan dgn pakcik polis yg gatal serta miang tuh...geli den...aku pun merayu lah jgn saman aku..rm300 tu kalo kene saman...merayu punyer merayu, ade ker die mintak aku buat kan kek muffin utuk die esok???untuk minom petang??ahhhrggghh..TIDAAAAAKKKKK...!!! x kuase aku nak buatkan die muffin...gatal nyer pakcik polis...aku pun ye kan jer lah..nak lepas nyer pasal kan dari kene saman..dah lah dua2 org x pakai seat belt...huwaaa...pokai kalo kene saman tuh...tapi terpakse lah korbankan no fon..so, lepas nih kene berjage2 nak jwb fon pulak..takot pakcik polis tu call...alaaaahaaii..nape lah pakcik..pangkat bapak kot pakcik....mintak maap la yer pakcik..x dapek lah den nak tunaikan permintaan pakcik tu..jauh pulak nak pi ngantar muffin tu esok kt pakcik...x koso den...hahahahhaha..so, conclusion nyer..pakcik polis tuh dah kene wayang ngn aku....hakhakhak...saman pun terlepas....kehkehkeh..ni lah die kesah pakcik polis yg percaye dgn kate2 perempuan muda cam aku....hakhakhak...mintak maap yer pakcik.... ;p jahat kan..tapi seat belt keen pakai selalu pabila drive..jgn lupe tu...cepat cair lah pakcik polis tuh...;p selamat jalan romeo yer pakcik...wasalam...