CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 30, 2010

::MeNaNgIs aDaLaH TeRaPi::

coret2 lagi...hehe...teringat pasal mitos ni, sebab baru lepas nangis...so, jadi lah 1 idea utk membebel...hehehe.."Menangis baik untuk kesihatan..."hahaha..mesti pelik kan..tspi mitos ni sudah di kaji..x caye you all try lah nangis selalu k...

Tangisan dan air mata sering dikaitkan dgn wanita..sy kagum apabila membaca satu ilmiah baru, iaitu “MENANGIS ADALAH TERAPI” sy tertarik dgn kesimpulan pengkaji tersebut…dan terlintas untuk sy berkongsi dgn anda semua..

Boleh dikatekan, kesimpulan kajian tersebut menyebut bahawa tangisan dan air mata itu mampu utk menambah usia kite..haa..macam menarik kan…kite baca lagi…

Kite dapat lihat, rata2nye usia wanita lebih panjang berbanding lelaki..betol tak???ini kerana, wanita adalah golongan yg senang menitiskan air mata.. Ia membawa pengaruh positif pada kesihatan fizikal dan mental.. Dengan menangis, wanita akan lebih lega dan selesa serta sedikit tenteram…betol tak???

Dari sudut ilmiah:: Ahli kimia Perancis, mengatakan bahawa air mata mengandungi Natrium Klorida (garam biasa). Malah, air mata juga mengandungi garam2 lain..misalnye Potassium Klorida, Kalsium Bikarbonat yg membantu p’bentukan garam..

Dari sudut kehidupan Rasulullah S.A.W::Rasulullah sering menangis terutama ketika bermunajat pada Allah di keheningan malam…Tak lupa juga para2 sahabat yg sering menangis apabila membaca ayat2 Al-Quran kerana fahami ertinye…

Paksa diri untuk menangis::Dalam dunia nih, memang tak dapat dinafikan, ade orang yg susah sgt untuk menitiskan air mata walaupun sekejap…walaupun di dalam suasana yg hening dan hiba, die tetap payah utk menangis…Kalau kite meneliti kisah2 Rasulullah, dgn ajaranye,paksa diri untuk menangis dan mengalirkan air mata…Jangan ditahan2 bila air mata mula mengalir walaupun hanya bergenang…biarkan ia mengalir dgn semahu2nye…

P/S:::So, selalu2 lah menangis yer…boleh awet muda…kihkihkih…;p

Friday, October 29, 2010

::PaNtUn NeGeRi-NeGeRi Di MaLaYsIa..::

hahahaha..jgn marah la yer kengkawan..pantun nih hanya gurauan dan hanya utk gelak ketawa ceriakan petang2 anda semua...pantun bukan niat menghina sesuatu negeri ataupun mengkritik...indah sebenornyer loghat2 diorang nih...cume kite jer yg mendalami secara dekat...


Kelantan...

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

indahnyer la hai loghat mereka2 nih kan...selamat bergelak guling2...

::SaM n DoL::

Haahahahaha..nak gelak guling2 aku bace lawak samdol nih..memang xle bla...ade jer benda nak jadikan bahan...tapi ade betol nyer jugak si samdol nih..hehehehe..cuba kite tengok ape lawak diorang....jeng..jeng..jeng...

SAM: Aku suruh kau tengokkan barang dalam rumah aku, kenapa orang boleh pecah rumah jugak?
DOL: Manalah aku sedar, aku sedang tengok TV kau.


SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.


SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit


SAM: Kau celup lalat dalam air sirapkau Dol?
DOL: Kita kena buat cam tu kalau tak nak keracunan!
SAM: Itu kalau lalat jatuh dalam air, bukan bawa lalat dari rumah!


SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!


SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...


SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.


SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"


Wakakakakakakakakaka...pecah perut gelakk...

::PeSaNaN BuAt SuAmI::


Haaa..sy nak mengomel pagi2 nih..pasal perangai suami dan ini adalah sedikit sebanyak pesanan untuk bakal2 suami ataupun yg sudah bergelar suami.."Suami perlu hargai isteri..." ingat tu...hargailah ia selagi ada...mari kite dekati, ape pesanan2tu...



1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Thursday, October 28, 2010

::PanTuN JePuN::


Haa...memalam nih sy teringin nak share 1 pantun khas untuk jepun...hehehe...tetibe teringat pasal pantun nih...sila2 lah amati yer...pantunnyer berbunyi begini...


Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.

Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.

Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih.

Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.

Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.
ehemm... camne rasa
membazir tak masa?

Sekian. Time kasih

::Mengapa gadis sekarang tertawan pada lelaki tua??::

haaa..dah banyak citer tersebar pasal gadis rampas laki orang,dan bercinta dgn orang yg lebih berusia..tak kire lah, dari golongan public figure ke, gadis2 biase ke, mungkin meraka ade sebab yg tersendiri kenapa???mari kite tengok, ape kelebihan lelaki berusia nih..betol2 boleh menambat hai si muda jelita...

1.SETIA
Hurmm..tak dinafikan, lelaki yg berusia nih memang lebih setia nerbanding lelaki yg muda bergetah lagi..mereka yg lebih berusia nih,lebih menghargai wanita..sebab peringkat umur mereka ni, bukan masenyer lagi utk mereka "test market", "test power" or nak bersuka2 lagi..misi mereka hanya mencari kebahagiaan berkekalan..Jadi, tak hairan lah ramai gadis yg cair hati...

2.MATANG
Biasenye, lelaki berusia ni,lebih matang dlm menangani masalah..bole katakan boleh diharaplah dlm hidup seseorang wanita..mereka juga tenang dlm segala masalah..inilah yg tambat hati si gadis..

3.BERHARTA
Sememangnya, lelaki golongan ini, punyai hartanye sendiri..waoooww..itulah yg si gadis nantikan...hehehehe..bagi si gadis, selamat...dah ade segala2nye...huhuhu..

4.MELINDUNGI
Hah..wanita ni memang cair dgn sifat "caring" lelaki...biasenye lelaki jenis ini, die menjaga wanita bagai menatang minyak yg penuh..die akan melindungi wanita kesayangannye...lagi2 lelaki yg sudah punyai anak2..cair lagi si gadis...

5.ROMANTIK
Bukan nak kate lelaki muda tak romantik, tapi lelaki tua nih lagi bergande romantiknyer..untunglah si gadis..akan dapat jambangan2 bunga...selalu...bukan saje date2 penting..hari2 pun mereka sanggup..mereka ini lebih prihatin...perempuan mane yg tak suke kan...


Haaaa..mungkin anda2 akan terserempak dgn lelaki berusia, yg sedang mengisi minyak,memilih buah2han di pasar raya,atau memakai minyak wangi yg matang...inilah yg menarik perhatian..di sini lah timbulnye perasaan, arrgghh..umur bukan persoalannye..hehehe..Iyalah, pastinye tak salah jika ini boleh memberi kebahagiaan pada anda..tatapi kene ingat dan berwaspada,jika lelaki ini bujang or duda tak ape lah...peluang anda..tapi kalau lelaki ini suami orang, kene pikir habis2 dulu yerr...


p/s::masih ramai lelaki muda, kacak dan bergaya di luar sane..peace....:))

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say:

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... . "

Jadi renungkan lah....
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENKURANG GAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA ..

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, sela-
gi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan
tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari
anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia....
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ..
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..
~ Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya


"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Wednesday, October 27, 2010

::Kerinduan Melanda...::

sob..sob..sob...mak abah dah selamat sampai ke tanah suci semalam..baru jer 2 hari diorang pergi, dah rase rindu dah..makan kat umah pun cam dah xde selera,balik dr keje, umah kosong jer..sedih pilu hati..huwaaaaaa... tp ni lah masanyer aku nak blajo idup sendiri...tu lah kan, bile mak abah ade lagi kat umah ritu, aku ni asyik merayap kuar jer...ni kan dah merindui mereka...sob..sob..sob...mood pun kurang lg sebab masih teringatkan mak abah ape lah yg diorang tgh buat yer kt sane ni...time malaysia n mekah pun lain...asyik terpikir jer..camne lah abah n mak kat sane yer..aku mampu berdoa jer semoga mak abah di kurnikan kesihatan yg baik utk mengerjakan ibadah haji dgn sempurna, semoga pergi dan pulang dgn selamat..hahh..tak habes2 aku berdoa dah nih...huhuhu..mak abah..kami adik beradik menunggu kepulanagn mak abah yerr..dah lah, nak pi sambung wat keje dah..later update lagi yerr...bubbye..

:::TeKa TeKi:::

assalamualaikum...haha..pagi2 lagi sy dah ade Teka Teki untuk semua...hurmm..jikalau tuan hamba ni bijak sane, sila lah jawab..hehehe...dah macam citer zaman2 P.Ramlee lak dah...kihkihkih...ok lah, teka teki nye berbunyi begini..:-

1.Saya ni berada di atas air,tetapi tak boleh berenang mahupun bergerak..Siapak saya???


2.Ikan ape yg banyak di atas jalan raya???



3.Ape bende, bile kite nak cari, susah..tapi bile kite dah dapat, kite terus buang camtu jer..??


hahaha...pagi2 dah kene proses minda kan...xpe..sy akan bagi jawapannyer sebantar lagi..hehehehe...elok pagi2 nih kite mulakan dgn berpikir...hehehe..
ok lah, sy caucincau dulu...nak pegi melawat lagi nih...tak abes melawat lagi...huhu.. ;))

Monday, October 25, 2010

sharing is caring...

hurmm..da lame x membebel kt blog nih..rasenyer da lame sunyi sepi blog nih...
aku dah agk da, hangat2 tahi ayam jer create blog nih..hehehehe..xpe..selow2...
kat cni aku nak share something about "jodoh"..haa..aku first ime tau pun, berkobar2 gler nk bace..ye lah..kite mesti nak tau kan...interesting...sape xnak tau kan pasal kawen2 nih...kihkihkih..kt cni aku nk share 10 petanda die adalah jodoh kite...


Gunakanlah seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita.Kejujuranbukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukticinta sejatiadalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmatdi akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

“ Manusia merancang, Allah menentukan.”
“Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka.” – Al-Quran


sooo..bile aku dah teliti kesemuanye, hurmm...ade yg same..dan ade gak yg lainnyer...
konpius..sebab banyak yg lari...hahahaha..takut sudah.. ;/ xpe la...jodoh, pertemuan n ajal ssemua kat tangan Tuhan...aku hanya mampu berserah...
"Ya-Allah Ya-Tuhanku, sekiranye die tercipta untukku..Engkau dekatkanlah die dgn diriku..dan sekiranye die bukan tercipta untukku,engkau jauhkan la die dariku..aaammmiinnn..."siap berdoa dah aku ni haa...ahaks..