CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 9, 2010

::FaKtA PeReMpUaN::

Salam petang semua...agak lame ceekeen x update entry nih...petang 2 khamis ni ceekeen nak bagitau fakta2 yg munasabah pasal kite ni kaum hawa...jom baca pe die...

Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi
dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah
masak ikut resepi!

Menurut satu kajian; kebanyakan wanita kan berkata, tengok anak orang
teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akan
berkata, tengok bini orang terlupa bini kita!

Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan
tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempuan
bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!

Wanita memang pemurah...sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat
shopping complex tiap-tiap minggu!

Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak
tahu...tarik muncung empat, lima depa time merajuk!
Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah,
tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, merah
sirap, merah hati, merah darah dan duit merah!

Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah
berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca
pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami!

Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan
tauke shopping complexnya!

Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika
berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak
berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per...per...!

Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan
mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak
sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat
buang duit beli alat make up!

Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga
kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali pula
selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap
kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak
berfaedah-tengok muka sendiri!

Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali
ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah
rabun sebab mereka memang mudah rambang mata!

Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping
complexs, pasar malam, pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi
menunjukkan wanita memang suka menghabiskan duit!

Seorang lelaki yang beragama Islam dibenarkan untuk berkahwin empat.
Jika semua lelaki yang ada di Malaysia ni, tak kira yang tua ataupun
yang muda berkahwin empat, kaum wanita tetap tak boleh lari dari kes
mengumpat!

Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan
kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!

Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang-kurangnya
lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa
tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!

Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal
berbelanja!
Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka jarang
benar keluar belanja kawan makan!

Menurut satu perangkaan, gigi orang perempuan tidak boleh bertahan lama.
Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma
tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.

Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa megibaskan
kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang
boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai...

Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau
dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia,
ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang!

Hampir kesemua wanita memang suka memakai kasut bertumit tinggi.
Kebiasaannya paling tinggi tumit kasut seorang wanita ialah 10 cm. Jika
semua kaum wanita di Malaysia, ini termasuklah Sabah dan Sarawak memakai
kasut yang tumitnya setinggi 10 cm, tumit-tumit kasut itu kalau
dikumpulkan cukup untuk dibuat sup untuk seluruh rakyat Malaysia, tak
kira lelaki ataupun perempuan!


wowww..semuanye agk betol pasal kaum hawa ni kan...banyak nyer pasal shopping n menghabiskan diet...hehe..biase lah...nafsu pempuan kan lebih banyak ke arah itu...huhu...
cheeerrrrss~~~~

7 comments:

  1. hehehe..al-maklumlah kan..pempuan mmg begitu kan dalia...

    ReplyDelete
  2. hik3..teraser la pulaaakk..heee~ (^_^)

    ReplyDelete
  3. princess momoy::hehe...mmg byk yg betol nyer dear...

    ReplyDelete
  4. fiqah alias:: hahaha...takpe..lumrah sifat wanita..hikhikhik..;p

    ReplyDelete
  5. hahaha..mmg tak dinafikan..pempuan nih mmg bijak pasal duit..hehehe..

    ReplyDelete